Kelebihan Renang.Kelebihan berenang bukan sahaja untuk menjaga kesihatan, malah juga membentuk tubuh yang lebih sempurna.

kelebihan senaman renang - women online magazineTerdapat pelbagai jenis aktiviti yang sihat sering dilakukan, oleh golongan belia mahupun dewasa. Ada yang gemar melakukan sukan lasak seperti hiking, sukan permotoran seperti go kart serta aktiviti yang biasa kita lihat seperti bola sepak dan badminton.

Sukan air iaitu berenang kini menjadi pilihan ramai untuk bersenam. Ia adalah sukan paling popular yang melibatkan di dalam air, sehingga renang termasuk di dalam acara Olimpik, temasya sukan terbesar di dunia.

Senaman renang adalah perkara yang sinonim dalam masyarakat kita. Tambahan pula, pada zaman nenek moyang kita dahulu telah menjadikannya sebagai salah satu aktiviti riadah pada waktu petang. Aktiviti berenang kini luas skopnya. Malah, kini terdapat banyak kemudahan untuk melakukan aktiviti tersebut.

Jika dahulu, kita boleh berenang hanya di laut dan sungai, kini terdapat kemudahan khas seperti kolam renang yang disediakan kepada kita.

Bagi umat Islam, Rasulullah S.A.W menyarankan kepada ibu bapa supaya mendidik anak-anak mereka berenang sebagai salah satu cara untuk beriadah. Sudah terang lagi bersuluh, jelas perkara yang disuruh oleh Nabi Muhammad S.A.W pasti akan membawa kepada kebaikan terutama kepada kesihatan.

Antara Kelebihan Renang:

1.       Menurunkan Berat Badan

Ternyata, senaman renang menjadi pilihan ramai kerana kemampuannya menurunkan berat badan. Senaman renang dapat membakar banyak kalori di dalam badan. Badan memerlukan tenaga bagi melawan arus air dan menampung berat badan untuk terus bergerak di dalam air.

Tenaga yang digunakan untuk bergerak di dalam air dapat membakar kalori di dalam badan sebanyak 24% ( sumber daripada http://marinanawi.blogspot.com/2012/07/kelebihan-berenang.html ) .

Berenang juga mampu membantu anda untuk memiliki bentuk tubuh badan yang menarik, kerana segala otot anda bergerak ketika melakukan aktiviti berenang.

Jadi, sesiapa yang ingin menurunkan berat badan tanpa mengeluarkan peluh atau malas untuk berlari, berenang adalah antara aktiviti yang paling sesuai untuk anda.

2.       Membentuk Postur Badan

Mungkin sebelum ini anda sibuk dengan kerja anda atau sering melakukan aktiviti yang memerlukan untuk mebongkokkan badan. Situasi ini membuatkan postur badan tidak seperti biasa dan anda sekaligus menjadikan badan anda menjadi sedikit membongkok.

Antara kelebihan berenang ialah mengembalikan postur badan anda seperti biasa. Apabila anda berenang, segala otot pada badan anda bergerak dan otot anda yang tegang akan kembali lentur. Otot-otot tersebut juga akan menjadi lebih kuat kerana semuanya bergerak ketika anda berenang.

3.       Kurang Risiko Kecederaan

Apabila berenang, risiko untuk anda mengalami kecederaan adalah amat kecil. Berenang tidak memerlukan pergerakan yang agresif dan ‘pertempuran’ satu sama lain. Malah, berenang adalah salah satu cara rehabilation ( pemulihan) untuk atlet yang mengalami kecederaan.

# Berenang juga sesuai kepada sesiapa yang tidak mampu melakukan senaman dengan kadar kardiovaskular yang tinggi, iaitu pesakit asthma dan orang kurang upaya.

4.       Meningkat Stamina

Selain itu, berenang adalah salah satu cara untuk anda meningkatkan stamina. Berenang dikategorikan sebagai senaman jenis kardiovaskular, senaman yang memerlukan tenaga yang tinggi.

Berenang turut membantu anda bebas daripada penyakit berbahaya dan berupaya membantu seseorang itu melakukan sesuatu kerja tanpa berhenti untuk tempoh yang lama.

# Kelebihan berenang juga ialah ia mampu untuk menyelesaikan masalah pernafasan kepada yang mempunyai penyakit asthma kerana sistem kardiovaskular akan membuatkan pernafasan anda menjadi lebih baik dan lancar.

 

5.       Mengurangkan Stres

Berenang juga mampu meredakan stres yang terbeban di dalam otak fikiran anda. Masa dengan berenang di dalam air membantu menenangkan kembali kadar denyutan jantung anda. Secara tidak langsung ia berupaya membantu anda daripada terkena serangan jantung.

Berenang juga mampu melatih anda menjadi lebih tenang. Apabila seseorang pandai berenang, mereka tidak mudah panik apabila berdepan situasi yang mencemaskan. Mereka akan berfikir secara lebih rasional, tahu tindakan yang patut diambil apabila berlakunya kecemasan.

Jelas, terdapat banyak kebaikan berenang untuk kesihatan kita. Jadikan berenang sebagai salah satu senaman rekreasi anda. Bagi yang muslimah, kini terdapat pelbagai potongan baju renang yang lebih bersopan untuk anda melakukan aktiviti renang dengan menutup aurat.

 

Nota Kaki:Jadi, tiada halangan lagi untuk anda melakukan aktiviti ini. Kekalkan gaya hidup sihat untuk kesihatan yang kekal terjamin. SHARE artikel ini ya!

Read more: http://www.wom.my/kesihatan/senaman/5-kelebihan-renang/#ixzz4NhORiWqd
Follow us: @WOMDOTMY on Twitter | womenonlinemagz on Facebook

Share this:
Share

Facebook Comments

By Admin, AsiaFitnessToday

Hi! I'm Ursula Lee, writer and community manager at Asia Fitness Today. I love my food, my cat and my fitness regime :)

Creative Commons License
Except where otherwise noted, © GoInternationalGroup.com on this site is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.