Via PRNews/GIG

Buat peminat sukan negara dan pecinta wayang inilah masa yang dinanti-nantikan apabila dokumentari siri bertajuk SEPULUH akan disiarkan di Astro Arena (Saluran 801) setiap hari Jumaat pada jam 9.00mlm bermula 24 November 2023 nanti.

Enam siri dokumentari yang dihasilkan ini nanti akan membawa anda menyusuri  perjalanan suka duka, jatuh bangun yang ditempuhi Safee dalam kerjayanya sebagai pemain bola sepak selama hampir dua dekad. Selain temubual bersama watak-watak yang memainkan peranan penting dalam kehidupan bekas bintang bola sepak ini terdapat juga rakaman dan momen-momen menarik yang tidak pernah dilihat dalam meneroka usahanya yang tidak henti untuk mencapai kejayaan.

Mengulas mengenai dokumentari ini, “Safee berkata ini adalah bukti bahawa setiap kerja keras dan keazaman yang tinggi akan membuatkan segala impian menjadi kenyataan. Saya berharap kisah perjalanan kehidupan saya ini  akan menjadi satu cerita yang akan memberi inspirasi dan menambat hati semua orang bukan hanya untuk peminat sukan sahaja”, katanya.

Penonton akan menyaksikan perjalanan awal Safee yang baru mula berkecimpung dalam arena bola sepak sehingga menjadi bintang dan diangkat sebagai ikon negara  termasuk perjuangannya membantu skuad Harimau Malaya memenangi kejuaraan tunggal di Piala AFF pada tahun 2010.

Turut menambah kehangatan siri dokumentari ini apabila syarikat telekomunikasi , redONE tampil sebagai penaja utama dalam meningkatkan lagi mutu penerbitan dokumentari ini ketahap yang lebih tinggi.

Ketua Pengawai Eksklusif redONE Network Sdn Bhd, Farid Yunus berkata, pihaknya berkongsi rasa teruja dan berbangga dengan kolaborasi yang terjalin dalam penghasilan dokumentari yang disifatkan bukan hanya sekadar kisah kejayaan Safee malah bukti kegigihan dan semangat kental rakyat Malaysia.

“Kami percaya melalui penceritaan sejarah perjalanan Safee yang menarik ini serta sokongan yang diberikan ini, kami telah berhasrat  untuk memberikan sumbangan keatas pencapainya yang gemilang dan penuh keazamanan yang jitu ini. Selain untuk memasarkan jenama kami, salah satu misi adalah untuk sentiasa menjadi syarikat telekomunikasi yang sentiasa memberi kembali kepada masyarakat dan itulah sebabnya redONE menyediakan pelan pascabayar mampu milik dan termurah dari serendah RM8 sebulan”, katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Sukan Astro, “Nicholas John berkata, kami di Astro Arena sentiasa menyokong perjuangan dan mengikuti perjalanan bintang bola sepak ini sejak dari awal kariernya lagi dan kami teruja menjadi saksi dan merakam detik-detik penting dalam sejarah kehidupannya. Tidak terhenti disitu sahaja, Safee turut diberi peluang untuk melebarkan sayapnya dalam dunia penyiaran sukan sebagai tetamu pakar bola sepak di Astro Arena,”katanya.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan kisah penuh inspirasi dari pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman ini menerusi enam siri dokumentari sukan yang akan disiarkan di Astro Arena.

**Setiap Jumaat , 9.00MLM

EpisodeDateChannel
Episod 124 November 2023Astro Arena (Channel 801)
Episod 21 Disember 2023
Episod 38 Disember 2023
Episod 415 Disember 2023
Episod 522 Disember 2023
Episod 629 Disember 2023

Text dan Gambar disediakan oleh: PSI, Prime Sports International

Adakah anda suka artikel ini?

Kongsikannya:

Dokumentari Safee Sali “SEPULUH” adalah penghormatan kepada kerjayanya sebagai legenda bola sepak boleh dikongsi edarkan secara Creative Commons Attribution-ShareAlike 4.0 International license. Sumber petikan: https://www.asiafitnesstoday.com/dokumentari-safee-sali-sepuluh-adalah-penghormatan-kepada-kerjayanya-sebagai-legenda-bola-sepak/?lang=ms

Share this:
Share

Facebook Comments

By Mohammad Hafizuddin

Hi there! I'm Mohammad Hafizuddin, a writer and sports enthusiast based in Kuala Lumpur. With a background in Sports Management, I channel my love for words into creating engaging content about the sports. My journey into the world of sports journalism began with a love for the game and a passion for storytelling.

Creative Commons License
Except where otherwise noted, © GoInternationalGroup.com on this site is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.